saya ingin tahu apakah batas2 dalam obrolan
antara seorang lelaki dan perempuan bukan mahram?yang saya tahu, lelaki
dan perempuan bukan mahram boleh bercakap jika ada keperluan.
Jawapan;
Hubungan/interaksi
antara lelaki dan wanita dalam banyak keadaan tidak dapat dielakkan.
Dalam dunia hari ini, kaum lelaki dan kaum wanita sama-sama bersaing
dalam hampir semua sector. Selagi hubungan tersebut berjalan secara
normal, dengan tujuan yang baik (untuk memenuhi urusan dan keperluan),
di tempat terbuka dan tidak menimbulkan sebarang syak wasangka orang
lain dan tidak ada niat yang terselindung di sebaliknya, maka Islam
tidak menghalang lelaki dan wanita untuk berinteraksi antara satu sama
lain. Islam hanya menyekat hubungan yang berlebihan yang jika tidak
dikawal akan membawa kepada berlakunya zina. Contoh hubungan yang
berlebihan ini ialah; 1. Berdua-duaan tanpa mahram 2. Saling sentuh-menyentuh 3. Bercakap dengan suara manja dan memikat (khusus bagi perempuan) 4. Mendedahkan aurat atau bertabarruj 5. Kerap bertemu tanpa ada keperluan 6. Terlalu mesra atau bergurau yang keterlaluan 7. Meluahkan perasaan cinta dan kasih.
Bentuk
hubungan yang berlebihan di atas hanya diizinkan apabila ada akad
perkahwinan. Tanpa akad perkahwinan, tidak diizinkan Syarak sekalipun
telah ada ikatan pertunangan. Kesimpulannya, hubungan antara lelaki
dan wanita adalah harus dengan syarat tidak berlebihan sebagaimana
disebutkan di atas. Adapun bentuk keperluan yang ditanya oleh
saudara/saudari, ia tidak dapat kita skopkan secara khusus. Secara
amnya, kita sendiri perlu bertanya diri kita; kenapa kita memilih si
fulan (lelaki/wanita) untuk berurusan dengannnya. Adakah kerana
keperluan atau kebetulan atau ada niat lain di sebaliknya. Namun begitu,
apa pun niat kita, selagi tidak berlebihan seperti di atas, tidaklah
kita memasuki daerah haram. Cuma kita perlu menjaga hati kita agar
sentiasa bersih dan tidak terjebak ke dalam yang haram di masa depan.
0 comments:
Post a Comment